28 January 2011

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan (Minggu pertama hingga minggu ke 16)


Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulaimembentuk struktur asasmanusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnyamembentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelaminluar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

11 January 2011

"Nama saya bukan SITI GORILA,SITI TEMPAYAN...."

Petikan kisah benar seorang gadis ..yg diluahkannya di MASTIKA keluaran JAN 2011 (m/s: 104)

Dunia ini kejam! Ya, dunia ini tdk adil buat sy.Mengapa kehadiran sy di dlm dunia ini hanyalah utk dicerca,ditertawakan,dihina dan dijadikan bahan ejekan? Knp? Apa dosa saya?Kerana sy gemuk? Krn fizikal sy besar? Berdosakah sy berkeadaan demikian? Hina sgtkah sy ini? Setiap hari  ada sj kata2 yg meremukkan hati ini. Sy masih igt di sekolah rendah, sy hanya mampu memandang kwn2 sekelas bermain.
   Sy tdk berani masuk dekat.Jika sy masuk , kwn2 sekelas akan melarikan diri.Mrk mengatakan sy ini busuk,masam & pengotor! Busukkah sy ini?
  Kata2 sinis spt itulah selalu mbuatkan diri sy berasa rendah diri.Sy rasa diri sy kerdil & hina. Apabila berada di kantin pula,kwn2 sekolah sering memandang penuh makna ke arah sy.Slps itu mrk akan ketawa & mengejek. Sy x fhm knp mrk buat bgtu.Apa salah sy?Sehinggakan mrk juga tertawa apabila melihat sy makan. Lucu sgtkah jika semasa rehat sy makan sepinggan mi goreng & sebungkus nasi lemak sekaligus?
  Ketika pendidikan jasmani pula, sy sering keseorangan.Jika bermain bola keranjang dgn kwn2,mrk tdk mahu beri sy pegang bola.Sy tkejar2lah sorg diri.Apabila sy minta bola,mrk semua buat x endah.Seolah2 sy tdk wujud.Butakah mrk?  Tidak nampakkah tubuh sy sebesar anak gajah ni?
  Yg plg sedih,mrk memanggil sy dgn mcm2 nama.Ada yg panggil Siti Gorila,Siti Tempayan,Siti Beruang,Siti Gajah,Siti Gendut & mcm2 lg nama yg bernada mengejek. Semua nama yg diberi itu amat menyakitkan telinga sy.Nama sy SITI NURHALIMAH,bukan Siti Tempayan Budu.knp mrk ini sgt kejam!! Hina sgtkah sy ini!!
  Semasa meningkat dewasa,sy seronok melihat rkn2 sebaya berSMS,bgayut di telefon & bcerita ttg kekasih hati mrk.Sy juga mahu merasa erti nikmatnya cinta,malangnya tiada sorg pun yg sudi.Bkn hendak jd kekasih,hendak berkenalan pun tiada yg sudi.Hati sy mberontak.Sy juga mahu merasa apa itu makna cinta!
  Akhirnya Allah makbulkan doa sy.sy bkenalan dgn sorg lelaki melalui laman sosial dlm Internet.Namanya Faizal.Ya,Faizal sgt baik,ambil berat akan diri sy.Stiap mlm sy akan bsembang dgnnya sampai ke pagi.Hidup sy berasa sgt indah dgn kehadiran Faizal.Spjg hayat sy,ssat inilah dirasakan begitu indah.Terubat sgla luka di hati selama ini.ketika itu , Faizal lah sgla2nya.
  suatu hari Faizal ajak sy keluar buat pertama kali selepas dua tahun bkenalan hanya di Internet.Dia mahu mengenali dan menatap wajah sy lebih dekat.Sy menolak dgn baik & mberi mcm2 alasan.Sebenarnya sy bimbang,klu2 dia lari lintang pukang & jauhkan diri lepas melihat sy.Sy x sanggup kehilangannya. Tp setiap hari dia mendesak & katanya teringin melihat wajah sy.Sy serba salah. Sy bdoa kpd Allah stp malam agar panjangkan jodoh pkenalan sy dgn Faizal.Sy akur akhirnya utk btemu Faizal.
  Suatu ptg ,kami bjanji jumpa di sebuah restoran segera.Sy maklumkan sy memakai baju kurung biru dan btudung hitam.Faizal mengatakan dia x sabar bjumpa sy. Sblm keluar rmh,sy bdoa 1x lg agar hari itu akan menjadi kngan terindah dlm hidup sy dan berharap agar Faizal dpt terima sy seadanya.Selama 2 tahun, Faizal yg sy kenal sgt baik & memahami.Sy yakin dia x akan mengecewakan sy & terima sy,gadis 23tahun-mempunyai berat badan 140kg.Sy yakin & tawakal.
 Sampai destinasi, sy mencari kelibat Faizal.Hati sy berbunga2 menantinya meskipun jam di tangan bjalan pantas. Tanpa sedari,Faizal masih x tiba wlpun dah terlewat 2 jam.Sy setia menunggu.
  Hampir 3 jam ,buat pertama kalinya sy hantar SMS padanya..namun tdk berbalas.Panggilan juga dimatikan.Sy amat sedih..Mungkinkah ada sstu yg buruk blaku pdnya? atau dia telah melarikan diri sebaik nampak sy?Mlm itu , sy x henti2 hubungi Faizal,tapi 1 pun x berjawab.Sy sgt2 sedih.
 Setelah berbulan2 sy cuba menghubunginya dia terus membisu.Hancur luluh ht sy.Org yg disayang sanggup lukakan ht ini.Fahamlah sy..manusia semuanya sama...mrk memandang jijik org gemuk spt sy. X cukup dgn itu,lepas tamat Universiti, sy mohon kerja,malangnya semua temuduga yg sy hadiri,menolak sy mentah2.Alasan?X mahu ambil sy kerja sbb fizikal sy yg terlalu besar.Tubuh sy x sesuai diambil bkeja!!! Hanya Tuhan sj yg tahu btapa kecewanya sy ketika itu.Knp sy didiskriminasikan sedemikian rupa?Bukankah sy mpunyai Ijazah yg diiktiraf dari U.
  Akibat fizikal yg gemuk,sy ggl dpt kerja.Sy hampa.Sy x ubah spt sekor anjing kurap yg jijik di mata mrk. Pernah bbrp kali sy cuba menguruskan badan,namun x berhasil sehingga sy dimasukkan ke hospital krn pengsan bbrp kali.Puncanya,apabila mkn, sy sengajakan muntahkan semula demi kuruskan badan agar x diapndang hina,jijik dan x bguna di mata semua org.
 Kpd mrk di luar sana, 1 pmintaan sy,jgn panggil lg insan lain spt sy yg btubuh gemuk  dgn nama Siti Gorila,Siti Tempayan,Siti Beruang atau Siti Gendut.Kami yg bertubuh istimewa ini bukanlah watak jenaka yg perlu diketawakan spjg masa.Fahamilah perasaan kami,kami juga manusia biasa,ciptaan Allah yg ingin menumpang hidup sebentar di alam maya ini...


Kiriman : Siti Nurhalimah Kasim , Kajang Selangor


Aku rasa sgt2 sedih baca luahan Siti...wlpon aku x punyai fizikal mcm Siti , tapi aku mempunyai ramai org terdekat yg fizikalnya sama mcm Siti..antaranya adik aku sendiri ...apa yg Siti alami,samalah spt apa yg pernah adik aku lalui...sering diejek,dipandang jijik,dihina....krn??? Badan dea gemuk..hum...mentaliti manusia..sgt pelik...
betoi apa yg Siti tnya...hina n salahkan mrk mmpunyai fizikal mcm tu??yg tu ciptaan Allah Swt...knp kita nk mpertikaikannya??Knp kita nk hina? knp kita nk beza2kan mrk??? Mrk juga sama mcm kita..manusia..yg ada hati, ada perasaan dan ada harga diri...
aku pernah bgaduh dgn org sbb pertahankan adik aku dpd dihina,diejek dan ditertawakan...knp nk kata dea mcm tu?? kami seibu sebapa...klu org suka2 hati kata kat dea...maknanya...suka2 hati jugak lah kata kat aku...silap org la ...
Skg adik aku masih gemuk, wlpun dihina, dipandang rendah,,,Alhamdulillah,,dea dh ada keluarga sendiri, ada rumah sendiri , ada kerjaya dea sendiri....
Kpd mrk2 di luar sana yg suka hina org...renung2 la diri sendiri dulu ok...perfect sgtkah korg?? mulia sgt kah korg? Dlm Islam x ajar umatnya hina sesama sendiri...henti2 la duk mengata org ok...

05 January 2011

Pulangkan....

Dah lama aku nak share benda ni...tapi semangat nak khabarkan ttg kehilangan misteri ni..masih x mampu aku luahkan dalam ni....
aku sedih sangat2...sedih yang tak dapat aku gambarkan....
Aku KEHILANGAN SEUTAS RANTAI TANGAN yang TAK SAMPAI SEBULAN aku beli dengan duit hadiah daripada ba aku..sedih sgt2...
Seminggu sebelum kehilangan rantai tangan tu...selepas majlis persandingan aku dgn zul utk pihak lelaki..aku p majlis kawen ahmad..kawan adik aku kat Dewan Tg Bungah..malam tu ,tengah aku bjalan masuk dewan, aku rasa sumting terlerai dari tangan aku...opss..rantai tangan aku ...cmna leh terlepas kuar dari tangan ni...sedangkan masa aku beli, aku pakai..sampai bersanding, elok ja...hum...x sedap hati dah...aku kutip n simpan terus dlm handbag aku..ba aku pon suh simpan...sbb takut tercicir kali ke2...
then balik kenduri ahmad, aku nk simpan handbag dlm almari..aku kuarkan isi2 beg tu..+ rantai tangan tu..aku xmo pakai dah..sbb aku tau,dengan 1 kecuaian, aku boleh hilang suma dalam sekelip mata..
then aku pon simpan dalam bekas 'harta karun' aku...suma aku buka simpan,cincin / rantai suma ada.. tiap2 pagi, aku akan buka bekas tu untuk amik cincin pakai nk g opis..then akan nampak la suma 'harta karun' aku tu..
x penah aku miss tau tiap2 pg n petang... entah cmna 1 day, balik keja ..letih sgt2..n nk masak utk hubby aku..aku just sangkut cincin aku kt jam tangan aku,..then masuk dlm beg aku..yg hari2 aku bawa g opis..the next morning, aku x buka la bekas harta karun tu sbb cincin n jam dh ada dlm beg...so ,,as usual..aku p keja..petang tu balik keja...aku nk simpan cincin dlm bekas..........aku buka bekas tu... Ya Allah, ya Rabbi....rantai tangan aku dah tak ada???? aku puas geledah satu bilik..tarik laci / tarik almari..even p geledah dlm handbag yg aku guna masa kenduri ahmad...(wlpon aku tau mmg  x dak dlm tu sbb aku duk nampak hari2 dlm bekas aku)...menggigil aku...air mata dah laju kuar...sapa amik??? then aku tingat...malam sebelum aku sedar benda tu hilang...aku x leh tido...terasa mcm ada "makluk" tu perhati aku..tapi aku xmo fikir sgt pasal dea..sbb aku ni kurang percaya suma tu...
puas aku cari, x jumpa..tanya hubby aku..dea kata xto..wlpon sakit hati dgn jawapan dea..tapi aku kena tima la jugak jawapan tu sbb dea dh banyak kali nasihat aku utk simpan harta karun ciput aku tu elok2 dlm almari berkunci...tapi aku buat derk ja..
ba aku dapat tau...aku jugak yg kena marah sbb dikatakan "CUAI , LALAI "..sampai hati... rantai tangan tu aku beli dekat2 RM 1000/-...kalau saja2 mmg aku x beli...tapi dh ba aku bg duit suh aku beli n sebagai hadiah dpd dea...wlpon haga tu mungkin murah bg org len..tapi bg aku sgt2 bernilai..sbb dihadiahkan oleh org yg paling aku sanjung n sayang kat dunia ni...
puas aku menangis...tapi mmg benda tu xkan dapat balik....aku terkilan, n sedih sbb benda tu hilang dalam bilik aku..hanya kerana aku x tengok bekas tu x sampai 24jam..lesap camtu ja??? sangat2 misteri....
aku x mo tuduh2....tapi kalau yg amik tu... terasa sonok sgt sbb buat aku mcm ni...xpalah...balasan tu akan dapat gak...aku minta 1 ja..sesapa yg amik tu , one day , dea sendiri akan mengaku n mohon maaf kat aku secara "live"....skg ni berjolly la puas2 dgn duit haram tu....jgn sampai jadi bangkai dalam isi perut n darah daging tu jd nanah busuk k....x kisah la sapa yg amik tu.....wlpon toyol sekali pon....
sedih sgt2....ba aku pon sedih sbb benda tu hilang camtu ja...len la kalau kena ragut ka..aku cuai n jatuh kat luar umah ka..logik la jugak kan.....
emm...xpalah..satu hari akan PULANGKAN semula dea ke tangan aku....

p/s: sebenarnya dah banyak barang mas aku hilang dalam bilik aku sendiri....ada kah angkara org dlm atau pon TOYOL ......hum...buntu..buntu....

tu la gambar kenangan aku n rantai tangan ku......wlpon simple , kecil..tapi sangat2 berharga